Twitter Akan Membuang Fleets Pada 3 Ogos – Ciri Seumpama Stories Yang Kurang Digunakan
Twitter hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan ciri Fleets pada perkhidmatan mereka pada 3 Ogos kelak.
Bagi yang tidak mengenalinya, Fleets menawarkan ciri seumpama Stories pada Instagram, membolehkan pengguna melakukan perkongsian yang hilang dalam tempoh 24 jam selepas diterbitkan. Twitter dilihat menamatkannya kerana ciri berkenaan kurang digunakan oleh pengguna.
Sebagai alternatif, selepas 3 Ogos 2021, pengguna hanya akan melihat sesi Twitter Spaces yang aktif sahaja pada ruangan berkenaan.
Ciri-ciri penyuntingan daripada Fleets dijangka akan diintegrasikan oleh Twitter pada bahagian perkongsian Tweet biasa.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment