Hi! Welcome Back and Stay Tune! Normal ‘marketing’ tak boleh jalan sekarang, kerajaan perlu permudah proses dalam talian, kata Dr M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Normal ‘marketing’ tak boleh jalan sekarang, kerajaan perlu permudah proses dalam talian, kata Dr M


 

Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan patut menyediakan kemudahan kepada golongan peniaga yang mahu memasarkan produk secara dalam talian.

PETALING JAYA: Putrajaya diingatkan untuk memudahkan proses dan urusan pemasaran atas talian yang dilihat lebih sesuai berbanding normal ‘marketing’ yang disifatkan sebagai tidak lagi berfungsi ketika ini, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ketika perniagaan secara fizikal tidak dapat dilakukan susulan pandemik Covid-19, pemasaran secara dalam talian dapat membantu merancakkan semula aktiviti jual beli.

“Normal ‘marketing’ tidak boleh jalan sekarang, hanya ‘online marketing’ sesuai sekarang. Kerajaan perlu permudahkan proses itu. Kerajaan patut usaha mengadakan pemasaran yang mudah kepada mereka yang ingin memasarkan produk mereka di seluruh negara secara ‘online’,” katanya.

Mahathir berkata, di samping membantu ekonomi bergerak, melalui penghantaran menggunakan industri gig selain pembayaran dalam talian, ia akan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), seterusnya mengawal penularan Covid-19 kerana mengurangkan perjumpaan secara fizikal.

“Sekarang ini kemudahan perhubungan kita boleh jual beli melalui dalam talian, kita boleh jual lebih banyak. Pemasaran dalam talian ini penting menolong kita semasa Covid-19,” katanya dalam forum Reset Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook, semalam.

Mahathir berkata, kerajaan patut menyediakan kemudahan kepada golongan peniaga yang ingin memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Mohd Nizam Mahshar dalam forum tersebut berkata, penting untuk mempersiapkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah pendigitalan sebagai persediaan menempuh pasca Covid-19.

“Perancangan pasca Covid-19, bagaimana PKS bangun semula selepas Covid-19? Justeru kita patut mempersiapkan PKS merancang perniagaan mereka selepas pandemik, sebagai contoh, mereka perlu beralih ke arah pendigitalan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.