Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ujian Beta Permainan New World Dilihat Merosakkan Sejumlah Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ujian Beta Permainan New World Dilihat Merosakkan Sejumlah Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090


New World ialah sebuah permainan MMORPG keluaran Amazon Games yang sedang melalui fasa ujian beta yang mana beberapa ratus ribu pemain sedang menguji permainan tersebut, dan terdapat beberapa laporan yang agak merisaukan tentang permainan tersebut.

Paling utama ialah bagaimana terdapat sejumlah pengguna yang melaporkan bahawa kad grafik mereka rosak apabila mereka sedang bermain permainan tersebut, dan sejumlah besar, jika tidak kesemua kad-kad grafik yang dilaporkan rosak ini ialah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090, iaitu kad grafik gaming kelas pengguna yang paling berkuasa dan mahal di pasaran sekarang.

Masalah ini dilihat hadir secara khusus untuk para pemilik kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090, khususnya model yang hadir dengan jenama EVGA. Amazon Games mengesahkan laporan-laporan tentang kad grafik yang rosak akibat permainan ini, tetapi mengatakan ia hanya mempengaruhi sejumlah kecil kad grafik tersebut.

Ia tidak diterangkan apakah kerentanan yang menyebabkan masalah yang membunuh kad-kad grafik ini, tetapi Amazon Games mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk memperbaiki isu ini tidak lama lagi. Buat masa ini, Amazon Games menyarankan penguji beta permainan New World untuk tidak bermain permainan ini sehingga kemaskini tersebut dikeluarkan.

Sumber: The Verge



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.