Xiaomi Dijangka Memperkenalkan Sehingga 13 Peranti Pada Pertengahan Kedua 2021 Ini
Xiaomi pada awal tahun ini telah mengadakan beberapa acara pelancaran peranti, sekaligus memperkenalkan sejumlah peranti dibawah mereka. Ini sekaligus membawa Xiaomi menjadi pengeluar nombor dua terbesar di dunia, mengatasi Apple.
Antara yang sedia diperkenalkan pada awal tahun oleh Xiaomi adalah termasuk Xiaomi Mi 10i, Redmi Note 9T, Redmi 9T, Xiaomi Mi 10T, Xiaomi Mi 11, Redmi K40, Redmi K40 Pro, Redmi K40 Pro Plus, Redmi Note 10, Redmi Note 10 Pro, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G, Xiaomi MI 10S, Black Shark 4, Black Shark 4 Pro, Xiaomi Mi 11 Pro, Xiaomi Mi 11 Ultra, Xiaomi Mi 11 Lite, Xiaomi Mi 11i, Xiaomi Mi Lite 4G, Redmi K40 Game Enhanced Edition, Redmi Note 8 2021, Poco M3 Pro 5G, Xiaomi Mi Mix Fold, Poco F3, Poco X3 Pro dan beberapa yang lain.
Secara kasar, Xiaomi sedia memperkenalkan lebih 25 peranti pada pertengahan pertama 2021 ini sahaja.
Untuk pertengahan kedua ini, Xiaomi sedia dijangka memperkenalkan beberapa model lagi, termasuk tablet, kemaskini untuk siri Xiaomi CC, selain kemaskini dan model baru dibawah jenama Redmi dan juga Poco.
Mengikut desas-desus, beberapa model dijangka hadir dengan cip Snapdragon 888, Snapdragon 888 Plus dan juga Snapdragon 778G.
Mungkin 13 peranti ini masih sebuah angka yang kecil, dan tidak mustahil Xiaomi meningkatkan lagi pengeluaran dalam usaha memberikan cabaran kepada pihak Samsung dalam merampas takhta.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment