Zoom Memperkenalkan Sokongan Pemalam Parti Ketiga Yang Boleh Digunakan Bersama-sama Dengan Panggilan Video
Zoom, salah satu perisian telesidang yang paling kerap digunakan untuk pelbagai tujuan kerja dan pembelajaran hari ini telah memperkenalkan sokongan untuk pemalam parti ketiga yang boleh digunakan sewaktu panggilan-panggilan telesidang ini.
Pemalam-pemalam ini termasuklah aplikasi produktiviti tempat kerja seperti Asana, Dropbox Spaces, aplikasi pembelajaran seperti Live2Coursera dan juga permainan-permainan atas-talian seperti Kahoot dan Heads Up!.
Kemaskini terbaru Zoom akan hadir dengan tab Apps baru, yang mana anda akan boleh memuat-turun dan memasang aplikasi-aplikasi parti ketiga ini dibawah tab Discover. Setakat ini, sekitar 50 aplikasi pemalam parti ketiga boleh dimuat-turun melalui menu ini.
Penambahan ciri pemalam ini membolehkan anda menggunakan aplikasi-aplikasi parti ketiga ini tanpa perlu meninggalkan tetingkap Zoom, yang mana semuanya boleh diakses dengan cepat dan mudah tanpa masalah.
Apabila dibandingkan dengan Google Meet dan Microsoft Teams, Zoom tidak mempunyai fungsi produktiviti tambahan mereka sendiri, jadi ini adalah cara paling cepat dan mudah untuk mereka menambahkan fungsi berguna pada perisian mereka tanpa perlu membangunkan aplikasi-aplikasi mereka sendiri.
Untuk mengakses fungsi aplikasi parti ketiga ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi Zoom anda ke versi terbaru yang kini boleh dimuat-turun.
Sumber: Zoom Blog
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment