Hi! Welcome Back and Stay Tune! 25 daripada 27 daerah di Sabah termasuk zon merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

25 daripada 27 daerah di Sabah termasuk zon merah


 

Hanya dua daerah di Sabah berada dalam zon jingga, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Penularan Covid-19 di Sabah semakin meruncing selepas 25 daripada 27 daerah di negeri berkenaan berada dalam zon merah, manakala dua lagi daerah di zon jingga, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun, berkata dua daerah jingga terbabit merangkumi Tambunan dan Nabawan yang merekodkan dua kes baharu di setiap satu kawasan terbabit.

Beliau yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata daripada 25 daerah zon merah, Kota Kinabalu merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 239 kes, disusuli Tawau (137), Tuaran (114) dan Penampang (106).

“Sebanyak 16 daerah mencatat kes dua angka bermula dari 12 kes hingga 65 kes, manakala lima daerah dalam zon merah mencatat kes satu angka iaitu antara tiga hingga sembilan kes hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiada kluster baharu dicatat hari ini, manakala penggunaan katil hospital ialah 67.17% daripada sebanyak 6,628 unit katil yang disediakan untuk pesakit Covid-19 di seluruh negeri.

Secara keseluruhan, Sabah mencatat 1,062 kes baharu positif Covid-19 hari ini dengan sembilan kematian iaitu empat kes di Kota Kinabalu, dua kes di Sipitang dan masing-masing satu di Tawau, Sandakan serta Kudat.

Masidi berkata seramai 622 pesakit dibenarkan keluar hospital, manakala seramai 4,460 masih dirawat termasuk 122 dalam Ujit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 156 lokaliti atau kawasan di seluruh Sabah masih diletakkan mengikut perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) aktif sehingga hari ini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.