Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Besar dengan kira-kira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Besar dengan kira-kira


 

Semasa saya di Darjah Satu, mata pelajaran matematik dikenali sebagai “sums”. Kemudian “arithmetic”. Selepas itu “mathematic”. Ya, saya bercakap mengenai kira-kira. Dalam bahasa Melayu ada juga ia dipanggil ilmu hisab.

Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai “sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya”.

Apa pun saya tidak suka kira-kira. Saya dapati ia sesuatu yang susah, sukar, dan menyulitkan. Tidak memeranjatkan kenapa saya gagal ujian matematik masa bersekolah dahulu. Dapat warna merah. Kalau dapat warna biru pun cukup-cukup makan.

Sampai sekarang, dah tua pun saya tak pandai dan tak suka ilmu itu.

Tetapi baru-baru ini Wong Chen, Ahli Parlimen Subang, melontar satu masalah kira-kira yang “simple” katanya .

Walaupun saya tidak suka “mathematical problem”, saya layan juga kali ini kerana kata YB itu ia sesuatu untuk direnungi rakyat muda atau tua. Lalu saya renung.

Begini masalah kira-kira yang dilontar:

“Seekor kucing bernama Moo ada 115 kucing (termasuk dirinya) di rumahnya. Kucing sebelah rumah ada 105 kucing (termasuk dirinya). Semua ada 220 kucing.

“Hari ini (4 Ogos) Moo mengakui 8 kucingnya telah meninggalkannya semalam (3 Ogos). Oleh itu, sepatutnya dia ada 107 kucing bersamanya daripada jumlah 220 kucing. Maknanya dia dalam posisi minoriti.

“Namun Moo mendakwa masih ada banyak atau majoriti kucing bersamanya. Maksudnya, Moo ada sekurang-kurang 111 kucing bersamanya”.

Izinkan saya mencelah. Kalau 8 kucing yang Moo sendiri akui sudah tinggalkan dia, itu bermakna jumlah kucing bersamanya sudah kurang 8. Maknanya, perkiraannya ialah 115 tolak 8 = 107. Seperti dikatakan Wong Chen. Saya yang tak pandai kira-kira pun tahu perkiraan seperti itu.

Macam mana pula Moo kata dia ada majoriti kucing bersamanya? Majoriti mudah 111 kan? Ikut perkiraan Moo ada 107. Bukan 111. Tapi dia kata dia ada majoriti? Pelik dan memusykilkan.

Kita semua tahu apa yang diperkatakan Wong Chen dan siapa yang dimaksudkan. Elemen sindir dan sinis menjadi pilihan. Menarik.

Nampaknya, bukan saya seorang sahaja orang tua yang tak pandai kira-kira. Rupanya ada ramai lagi kira-kiranya “ke laut”. Termasuk Orang Besar. Bukan saiz badan tetapi jawatan besar.

Bagi kawan lama saya, Jahabar Sadiq, pengendali portal berita The Malaysia Insight, episod ini “menerangi” perlunya pendidikan ilmu “arithmetic” di Malaysia. Betul. Kalau beginilah cara Orang Besar mengira, saya setuju dengan kawan saya itu. Eloklah kelas kira-kira dibuka secepat mungkin untuk mereka menimba ilmu kira-kira. Negara kita ada ramai guru kira-kira yang bagus yang mampu dan sudi mengajar.

Berbalik kepada kisah Moo dengan kucingnya yang diceritakan Wong Chen. Bertanya beliau:

“Adakah Moo berbohong apabila mendakwa majoriti kucing masih bersamanya? Atau adakah sekurang-kurangnya 4 kucing dari rumah sebelah sudah masuk ke rumah Moo?”

Hanya dengan mendedahkan semua nama kucingnya boleh memastikan sama ada Moo berbohong atau bercakap benar, kata Wong Chen. Maknanya Moo mesti membuktikan apa yang didakwanya.

Jahabar menerusi Twitter merumuskan begini: “Kerajaan dalam ruangan 222 kerusi, 2 kerusi kosong, 107 Ahli Parlimen pembangkang, kerajaan dengan majoriti tipis, hilang 8 wakil sendiri tetapi masih mahu bukti ia ada majoriti. Tetapi bulan depan bukan sekarang. Fikir-fikirlah.”

Sekali lagi pelik. Kerajaan mahu buktikan ada majoriti hanya bulan depan. Ringkasnya jika saya hari ini ada RM10 dalam poket tetapi diragui orang, saya akan terus tunjukkan wang RM10 itu sebagai bukti saya benar-benar ada RM10.

Bukan cakap kosong. Saya akan tunjuk bukti kepada semua hari ini juga. Tidak perlu tunggu esok, lusa, bulan depan, apa lagi, tahun depan. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.