Microsoft Bersama Malaysia Ke Era Ekonomi Digital – Sasar Tingkat Kemahiran 1 Juta Rakyat Malaysia Menjelang 2023
Microsoft merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna komputer. Pembangun perisian berkenaan sedia terkenal dengan penawaran sistem operasi Windows, selain turut menawarkan perisian pejabat Office.
Disamping itu, dibawah Microsoft sendiri mempunyai sebuah ekosistem yang besar yang membantu dalam pelbagai urusan.
Antaranya adalah termasuk Skype, LinkedIn, GitHub, Mojang (Minecraft), dan banyak lagi.
Baru-baru ini, kami telah berpeluang menemuramah Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman, dan mengetahui lanjut bagaimana Microsoft memposisikan syarikat mereka dan turut membantu dalam membangunkan Malaysia ke era digital.
Bagaimana Microsoft membantu dalam pembangunan Malaysia ke era digital?
Untuk hampir 30 tahun, Microsoft sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak dan kerajaan dalam pembangunan teknologi di Malaysia. Malah, Bill Gates sendiri pernah melawat Malaysia dalam berkongsi hasrat dan melakukan pelaburan di Malaysia ketika era beliau sebagai CEO. Ketika itu, pada Jun 2004, Bill Gates telah menandatangani peruntukkan dana program pendidikan sebanyak RM10 juta selama 5 tahun. Microsoft tidak berhenti setakat itu sahaja, dan masih meneruskan dalam membantu rakyat tempatan terus menerajui era digital selari peralihan teknologi dari tahun ke tahun.
K. Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia mengatakan mereka menyokong penuh MyDIGITAL – sekaligus menyokong hasrat Malaysia dalam menjadi peneraju ekonomi digital di rantau ini. Selari dengannya, Microsoft Malaysia telah mengumumkan inisiatif Bersama Malaysia yang membantu Malaysia dalam era ekonomi digital, dan memastikan tiada yang tertinggal.
Dibawah Bersama Malaysia, Microsoft telah mengumumkan perancangan untuk membuka pusat data pertama di rantau ini di Malaysia.
Selain daripada itu, Microsoft Malaysia turut akan membantu dalam pembangunan kemahiran lebih 1 juta rakyat Malaysia menjelang Disember 2023 kelak.
Untuk menjayakan perkara ini, Microsoft bekerjasama bukan sahaja dengan sektor kerajaan, tetapi juga sektor swasta, termasuk HRD Corp, SOCSO, JA Malaysia, TalentCorp, dan juga Grab Malaysia. Sejumlah NGO juga turut terlibat dalam menjayakan hasrat ini, dan memastikan inisiatif ini mencapai lebih ramai rakyat tempatan.
Disamping itu, Microsoft Malaysia turut berkolaborasi dengan institusi pengajian tempatan untuk mengintegrasikan kurikulum dan memastikan para siswazah dilengkapi dengan keperluan kemahiran semasa yang diperlukan industri.
Selain institusi pengajian tinggi, Microsoft Malaysia turut bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan untuk memastikan penawaran teknologi mereka boleh diakses semua pelajar dan guru melalui platform pembelajaran digital, DELIMa.
Permintaan Kemahiran Digital Di Malaysia
Berkongsi lanjut mengenai permintaan semasa da akan datang, K. Raman berkongsi yang mana berdasarkan kajian MDEC, permintaan pekerjaan digital di Malaysia telah meningkat sehingga tiga kali ganda – daripada 19,000 kekosongan pada Jun 2020, kepada 59,000 kekosongan pada April 2021. Antara kekosongan popular adalah termasuk melibatkan pembangunan perisian, saintis data, perkhidmatan IT, dan juga edagang.
Pada masa yang sama, berdasarkan LinkedIn Talent Insights, antara kemahiran yag dicari ramai di Malaysia dan di Asia Tenggara adalah berkenaan kemahiran analitik, pembangunan perisian, pelbagai bahaga pengaturcaraan dan juga perkomputeran awan.
Selari dengannya juga, Microsoft komited dalam membantu rakyat Malaysia untuk menambah-baik kemahiran mereka ke era digital ini.
Microsoft Malaysia telah sedia membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia dalam menambah skil digital mereka sejak Julai 2020 lepas, dan menyasarkan angka berkenaan mencapai 1 juta orang menjelang Disember 2023.
Pada masa yang sama, dalam menambah kadar kreativiti, Microsoft sendiri menyediakan sejumlah perisian yang meningkatkan pengolahan idea, dan membantu dalam kolaborasi.
Malah, Microsoft juga turut menyediakan peranti seperti Surface dan Surface Pen dalam memudahkan tugasan harian orang ramai. Dengan penawaran perisian dan perkakasan, ia membantu dalam melengkapkan produktiviti dan kreativiti. Setiap penambah-baikkan yang dibawakan oleh Microsoft melalui penawaran mereka turut memastikan lebih ramai mengorak langkah ke generasi seterusnya, dan mengolah idea serta kreativiti dengan baik.
K. Raman turut menekankan yang mana sesiapa sahaja boleh mengorak langkah dalam memulakan perjalanan menambah-baik kemahiran digital masing-masing.
Microsoft menyediakan sejumlah penawaran tanpa kod (no code) seperti Microsoft PowerApps – membolehkan anda membangunkan sesuatu perkara tanpa mengetahui pengaturcaraan menyeluruh. Malah, disebabkan oleh pandemik ini, ramai telah mempelajarinya dan menggunakannya dalam memudahkan tugasan harian.
Malah, disamping itu, melalui platform LinkedIn pihak Microsoft menyediakan Global Skills Initiative yang boleh digunakan untuk menambah-baik kemahiran masing-masing. Disamping itu, anda juga boleh menggunakan GitHub Learning Lab dalam menambah-baik kemahiran masing-masing hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment