Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPVIN Pusat Konvensyen Midlands ditutup hari ini bagi penyelarasan, kata polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPVIN Pusat Konvensyen Midlands ditutup hari ini bagi penyelarasan, kata polis


 

Polis mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

SHAH ALAM: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, akan ditutup sehari hari ini bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

“Pihak pengurusan PPVIN berkenaan yang membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN),” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ringkas ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

Terdahulu, media melaporkan pekerja asing dikatakan diarah meninggalkan lokasi PPVIN di Seksyen 7, petang Khamis selepas beratur panjang hingga ke luar kawasan pusat berkenaan untuk menerima vaksin.

Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.