Hi! Welcome Back and Stay Tune! 31 bayi di Sabah positif Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

31 bayi di Sabah positif Covid-19


 

Masidi Manjun berkata seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat.

KOTA KINABALU: Seramai 31 bayi berusia di bawah satu tahun antara disahkan positif Covid-19 daripada keseluruhan 3,487 kes dilaporkan di Sabah semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Jurucakap khas Covid-19 Sabah itu berkata, 297 yang dilaporkan di Sabah semalam pula adalah kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga lima tahun, dan 632 orang berusia antara enam hingga 17 tahun.

“Majoriti pesakit iaitu 2,240 kes adalah mereka dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun dan selebihnya adalah warga emas berusia 60 tahun dan lebih,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,992 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Masidi berkata, terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Hamparan 2 di Kinabatangan yang merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau melibatkan 21 kes kumulatif sehingga semalam.

“Kes indeks adalah pembantu klinik wanita di ladang tersebut berusia 24 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 18 Ogos setelah bergejala sejak 12 Ogos…daripada 77 kontak yang disaring terdapat 20 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.