Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Akan Merendahkan Kuasa Pengecasan Telefon Yang Menggunakan Bateri Pihak Ketiga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Akan Merendahkan Kuasa Pengecasan Telefon Yang Menggunakan Bateri Pihak Ketiga


Kita semua sedia maklum yang Xiaomi mengambil Apple sebagai inspirasi untuk produk-produk mereka. Lihat sahaja MIUI yang banyak persamaannya dengan iOS, kedai fizikal mereka di China yang ada sedikit elemen seakan kedai Apple da banyak lagi.

Terkini, Xiaomi dilihat terus mengikut jejak langkah Apple dengan terkini akan mengehadkan kuasa pengecasan peranti jika pengguna menggantikan bateri peranti dengan jenama pihak ketiga atau tidak asli berbanding menggunakan bateri yang asli.

Informasi ini diperoleh dari aplikasi Mi Security yang terkini, iaitu versi 5.6.0. Aplikasi ini adalah hab setempat untuk mengawal sistem peranti seperti pengurusan memori, storan, keselamatan, penjagaan bateri dan banyak lagi. Dalam kod aplikasi ini, ia dilihat akan memberi amaran kepada pengguna Mi 9, Mi 10, dan Mi 10 Pro untuk tidak menggunakan bateri pihak ketiga.

Walau bagaimanapun, buat masa ini ia masih lagi terhad di China sahaja da tidak pasti sama ada ia turut akan terkesan kepada pengguna global.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.