Hi! Welcome Back and Stay Tune! Under Armor Dan The Rock Membangunkan Fon Kepala Dengan Fungsi Pembatalan Bunyi Hingar Dan Bateri 45 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Under Armor Dan The Rock Membangunkan Fon Kepala Dengan Fungsi Pembatalan Bunyi Hingar Dan Bateri 45 Jam


Under Armor ialah sebuah syarikat pembuat kelengkapan dan aksesori sukan dan rekreasi, dan terkini, mereka telah bekerjasama dengan duta jenama terbesar mereka, The Rock untuk membangunkan sebuah fon kepala yang dinamakan Under Armor Project Rock Over Ear Training Headphones.

Apa yang menarik mengenai fon kepala ini ialah ia merupakan kemaskini kepada fon kepala yang dibangunkan oleh JBL sebelum ini, iaitu JBL Charged Sound. Selain daripada rekaan yang dikemaskini, kualiti audio fon kepala ini disuaikan dengan bantuan The Rock, dan hadir dengan fungsi pembatalan bunyi hingar dan hadir dengan piawaian kalis air IPX4.

Teknologi tambahan yang diperlihatkan pada fon kepala ini juga termasuklah fungsi bunyi ambien untuk memudahkan pendengaran bunyi di luar dan sokongan untuk pembantu digital Google Assistant dan Amazon Alexa. Bukan itu sahaja, fon kepala ini juga dikatakan mempunyai bateri dengan jangka hayat 45 jam dengan satu pengecasan penuh.

Fon kepala UA Project Rock Over-Ear Training ini ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih melalui Under Armor dan JBL pada harga $299.95.

Sumber: Under Armor



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.