Mayat warga emas ditemui dalam tandas
KUALA TERENGGANU: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa bertindak memecahkan pintu sebuah rumah di Pulau Kambing semalam, bagi mengeluarkan mayat warga emas yang ditemui di dalam tandas rumah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata mayat lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditemui selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.31 pagi.
Katanya, kehilangan lelaki terbabit disedari jirannya selepas beberapa hari mangsa tidak dilihat keluar rumah.
“Jiran mangsa memaklumkan kehilangan warga emas tersebut kepada polis bantuan yang bertugas di kawasan berdekatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan berdasarkan keadaan mayat kita percaya mangsa telah meninggal dunia lebih dari tiga hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Rozizah berkata mayat warga emas itu dibawa keluar oleh anggota bomba dan petugas KKM yang berpakaian lengkap peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan diserahkan kepada pihak polis. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment