Tiada Lagi Jenama “Mi” Selepas Ini, Xiaomi Akan Fokus Kepada “Xiaomi”, “Redmi”, Dan “Poco”
Tahukah anda produk pertama Xiaomi bukannya sebuah telefon pintar. Tetapi adalah custom ROM yang diberi nama MIUI. 2011 Mi 1 diperkenalkan sebagai sebuah peranti mercu mampu milik dan kini sudah 10 tahun Xiaomi berada di pasaran, Xiaomi akhirnya menjadi pengeluar telefon terbesar dunia kedua yang melangkaui Apple dan menghampiri Samsung.
Menurut satu kajian, Jun lalu Xiaomi sudah pun menjadi pengeluar terbesar pertama dunia. Tetapi untuk kekal menjadi pertama, Xiaomi menyasarkan akan ambil masa tiga tahun lagi. Sebagai tanda penghargaan, Xiaomi turut pulangkan wang kembali kepada pengguna mereka yang pernah membeli Mi 1.
Untuk menjadi nombor satu, selepas sedekad berusaha – Xiaomi menyatakan mereka perlu lakukan satu perubahan baru dalam penjenamaan mereka. Logo baharu sebelum ini telah diperkenalkan, kini giliran produk pula. Akan datang tiada lagi jenama Mi.
Jenama produk Xiaomi selepas ini adalah Xiaomi, Redmi dan Poco. Xiaomi akan menghentikan penggunaan nama Mi untuk telefon pintar mereka. Produk pertama dalam perubahan ini adalah MIX 4, yang dilancarkan tanpa penggunaan Mi MIX.
Ini bermakna selepas ini jika ada Mi 12, ia akan dilancarkan sebagai Xiaomi 12 atau jika siri Mi Note mungkin akan jadi Xiaomi Note 11 dan seumpamanya. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut perubahan nama produk Xiaomi ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
? Hit This Link To Find Out More On Their Articles...??♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment