Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Perlu Berhabis Duit, Penuhi Keperluan Fotografi Anda Dengan Samsung Galaxy A22 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Perlu Berhabis Duit, Penuhi Keperluan Fotografi Anda Dengan Samsung Galaxy A22


Ketika ini, tidak dinafikan ramai di kalangan kita gemar mengambil gambar yang menarik, kemudian kongsikannya di media sosial – terutamanya di Instagram. Almaklumkan seakan sudah menjadi lumrah, siapa sahaja yang tidak suka berkongsi foto yang cantik pada pandangan mata sendiri di media sosial, bukan? Diakui, kami juga amat gemar mengambil gambar. Tidak kisahlah sama ada gambar makanan, minuman, bunga mahupun bangunan, asalkan ia mampu memberi nilai keindahan pada sesebuah gambar.

Instagram 0

Okay, mencari telefon pintar mampu milik lengkap dengan elemen sebegini mungkin bukanlah perkara yang mudah. Tetapi, ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Ditambah pula dengan lambakan pilihan model yang ada di pasaran ketika ini, ia secara tidak langsung membuatkan para pengguna mula terjerat dalam dilema dan terkadang sukar untuk memilih dengan tepat apa yang diinginkan. Jika anda masih samar-samar dan belum membuat sebarang pilihan, apa kata teruskan membaca artikel ini kerana kami ada sesuatu yang menarik untuk anda semua. Siapa tahu mungkin model telefon pintar yang kami ingin kongsikan ini mampu memenuhi semua kriteria yang anda cari? Mari kita teruskan.


Mungkin Inilah Yang Dicari?

Model yang kami maksudkan adalah Samsung Galaxy A22. Dilihat menepati ciri dan elemen yang dikehendaki kebanyakan pengguna hari ini, Samsung Galaxy A22 merupakan salah satu daripada taruhan Samsung untuk koleksi terkini telefon pintar di bawah siri Galaxy A mereka. Ia bukan sekadar menampilkan nilai seni dengan keperincian yang kemas dari aspek rekaan luaran. Malah, ia juga mempunyai potensi yang boleh memberikan pulangan yang memuaskan buat para pengguna. Tidak cukup dengan itu, harga jualan yang ditawarkan juga berada pada tahap yang memadai tanpa membebankan orang ramai.

Malah, tidak keterlaluan juga jika dikatakan Samsung Galaxy A22 sebenarnya antara telefon pintar yang memiliki ‘magis tersendiri’ yang mampu menyediakan pengalaman penggambaran cukup menarik. Di mana, ia dibekalkan dengan kebolehan kamera bersama fungsi yang pelbagai guna menerusi sokongan lima lensa lengkap dengan algoritma AI yang dinaik taraf. Melaluinya, ia membawakan sensor utama 48MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) bersama kamera swafoto tunggal sebesar 13MP yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil atau dinamakan oleh Samsung sebagai Infinity-U.


Kebolehan Kamera Lebih Batas Biasa

Sensor utama 48MP dengan aperture (f/1.8) membolehkan anda mengambil atau merakam pelbagai momen-momen indah tanpa sebarang gangguan. Ambil seberapa banyak gambar dan video yang dimahukan tanpa risau kerana ia mampu sahaja untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Kehebatan ini kemudiannya ditambah lagi dengan sokongan penstabil imej optikal (OIS) terbina yang sememangnya mampu membenarkan pengguna untuk merakam pelbagai jenis gambar dengan hasil lebih jelas, terang dan cantik tanpa mengira situasi – sama ada pada pencahayaan yang cukup atau sebaliknya. Di samping itu, ia turut disertakan dengan teknologi Tetra-Binning yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti gambar – termasuklah tangkapan pada waktu malam yang lebih jelas. Kualiti yang terhasil sememangnya memuaskan dan tidak timbul sama sekali isu berkaitan gambar kabur, mahupun dipenuhi hingar yang menjengkalkan.

Meneliti lebih lanjut mengenai kameranya, ternyata Samsung juga tidak ketinggalan untuk memperincikan fungsi menarik yang bersesuaian dengan jiwa individu yang gemar menangkap gambar landskap. Misalnya seperti, gambar permandangan atau sekelompok manusia yang ramai. Sensor sudut-lebar 8MP yang disertakan pada telefon pintar ini sememangnya amat berguna untuk penghasilan gambar sedemikian. Melaluinya, anda boleh memperluaskan pandangan seluas 123 darjah yakni ukuran yang sama dengan pandangan mata manusia dengan satu klik sahaja. Lebih menariknya lagi, mod ultra-lebar pada telefon pintar ini mampu mengenal pasti persekitaran secara automatik dan kemudiannya memberi cadangan untuk menggunakannya jika perlu. Dengan ini, anda akan lebih seronok untuk bergambar beramai-ramai tanpa perlu risau ada di antaranya yang mungkin tertinggal atau terkeluar daripada bingkai. Kualiti yang terhasil juga berada di tahap yang baik bersama kemasan stuktur yang kelihatan cukup terperinci.

Seperkara lagi yang menariknya mengenai kamera pada telefon pintar ini. Anda juga boleh menangkap gambar dengan efek bokeh yang cukup baik seumpama hasil yang diambil menggunakan kamera profesional. Sensor kedalaman 2MP yang disertakan sangat membantu dalam menghidupkan imej bokeh yang cantik, di samping keperincian cukup baik pada setiap sudut subjek utama. Tambah menarik, intensiti kabur turut boleh diubah mengikut kesesuaian dan disunting secara terus menerusi aplikasi kamera pada telefon pintar ini. Tidak kira pada gambar standard atau swafoto, keupayaan kesan bokeh yang ada sememangnya boleh menjadikan subjek dalam gambar nampak menonjol dengan cantik. Tidak ketinggalan, sensor makro 2MP padanya turut memberi manfaat kepada anda yang gemar mengambil gambar pada jarak dekat. Melaluinya, ia juga mampu menghasilkan kesan bokeh yang semulajadi, sekaligus membantu menjadikan subjek lebih menonjol berbanding latar belakang.

Akhir sekali, kamera hadapan 13MP dengan bukaan f/2.2 yang disertakan juga tidak kurang hebatnya, malah cukup terserlah kemantapannya. Tidak ketinggalan, kamera hadapannya turut dilengkapi teknologi AI yang berupaya disesuaikan dalam apa jua keadaan. Pada masa sama, turut menjanjikan kualiti swafoto lebih cantik, jelas, terang dan menyerlah. Lebih mengagumkan kamera hadapannya turut menyokong tangkapan sudut lebar yang membolehkan anda mengambil gambar selfie dengan lebih ramai orang dalam satu bingkai.


Rekaan Malar Segar Bersama Skrin AMOLED 90Hz

Boleh dikatakan para pereka Samsung cukup bijak dalam memilih jenis rekaan untuk koleksi kali ini. Melaluinya, ia bukan sahaja mampu menonjolkan setiap sisi menarik pada telefon pintar, bahkan sedap mata untuk memandang. Melihat pada konsepnya, telefon pintar ini nampak cukup premium dalam kelasnya. Dengan saiz yang ergonomik dan agak nipis, ia sememangnya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Lebih menarik apabila ia juga mempunyai pelbagai pilihan warna ceria yang sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja yang gemar menjaga penampilan – antaranya seperti Violet, Black dan Mint.  

Apatah lagi ianya turut disokong dengan skrin Super AMOLED berama kadar segar semula 90Hz, sekaligus turut mampu menjadi ‘penambah rasa’ yang menakjubkan. Seperti yang diketahui, skrin AMOLED mempunyai nisbah kontras yang lebih tinggi. Menurut Samsung sendiri, skrin AMOLED mempunyai olahan warna lebih baik dan ranggi berbanding IPS LCD. Ini termasuklah, penghasilan warna hitam yang benar-benar gelap sepenuhnya dan kandungan visual yang cukup cantik. Samsung turut mendakwa, skrin Super AMOLED 90Hz juga mampu menawarkan pengalaman tatalan lebih lancar berbanding LCD 120Hz. Ini boleh dibuktikan menerusi masa tindak balas yang lebih pendek pada skrin 90Hz dengan hanya 13.5ms berbanding 14.1ms pada skrin LCD 120Hz. Ini adalah apa yang didakwa oleh pihak Samsung.

Selain ‘kaya’ dengan ciri yang dinyatakan di atas, Samsung Galaxy A22 turut dilengkapi panel hadapan yang luas dengan penggunaan rekaan takuk kecil atau paparan Infinity-U. Skrin berukuran 6.4-inci yang disertakan juga adalah cukup untuk menampung keperluan harian, selain juga sesuai diguna untuk menonton pelbagai kandungan menarik. Pada masa sama, skrin yang digunakan juga mempunyai paparan yang baik dan terang walaupun hanya menyokong resolusi HD+ sahaja. Senang kata, tidak kira apa jua jenis kandungan sama ada program sketsa, filem mahupun dokumentari sekalipun anda pastinya boleh menikmati kepuasan berganda melaluinya.


Pelengkap Aktiviti Sosial Harian

Samsung Galaxy A22 tidak sekadar cantik diluar, tetapi ia juga menawarkan kuasa dalaman yang memadai untuk kebanyakan pengguna. Melaluinya, cip MediaTek Helio G80 telah menjadi pilihan Samsung sebagai tunjang utama telefon pintar. Ia merupakan cip keluaran MediaTek yang menyasarkan penggunaan pada peranti permua kelas pertengahan. Melaluinya, ia juga dikatakan mampu menjalankan permua pelbagai jeniad permua dengan lancar. Bukan setakat itu sahaja, ia juga turut mampu memberikan prestasi harian yang konsisten.

Dengan kehadiran memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB sebenarnya turut membantu dalam menawarkan kelancaran multitasking yang lebih baik. Di mana, anda boleh sahaja mengharapkan ia mampu sahaja untuk memberi prestasi harian yang menepati pelbagai keperluan secara umum – baik untuk berhibur, belajar atau bekerja. Seandainya, storan 128GB masih tidak mencukupi, ia turut menyokong kad mikroSD dengan had maksimum sehingga 1TB untuk storan tambahan. Dengan ini, anda tidak lagi dihantui dengan isu ruang storan yang tidak mencukup untuk menyimpan pelbagai fail atau kandungan penting seperti video, gambar dan lain-lain yang seangkatan dengannya.


Penggunaan Berpanjangan Tanpa Kompromi

Dengan Samsung Galaxy A22 juga, anda tidak perlu berhabis duit untuk membeli powerbank. Ini kerana, telefon pintar ini dibekalkan dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5000mAh yang pastinya tidak akan memberi sebarang masalah untuk digunakan sepanjang hari. Tidak kira sama ada anda menggunakannya untuk bermain media sosial mahupun permua, ia semestinya mampu sahaja menjanjikan pengalaman penggunaan yang amat memuaskan. Turut disertakan adalah pengecas 15W yang mampu memadai untuk digunakan. Apa yang pentingnya lagi, kepala pengecas ini didatangkan secara terus di dalam kotak pembelian.

Cukup menarik bukan? Boleh dikatakan Samsung Galaxy A22 menawarkan sebuah peranti kelas pertengahan yang cukup seimbang. Di mana, ia bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik dan elegen. Malahan, ia turut memberi keuntungan nilai wang kepada pengguna menerusi kuasa dalaman yang ada. Harga yang ditawarkan juga tidak membuatkan anda koyak poket kerana ianya dijual pada harga RM899 sahaja. Apa yang menariknya lagi, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma menarik berupa kerangka jernih eksklusif bernilai RM39! Tapi mesra diingatkan, tawaran adalah masa terhad sehingga 31 Ogos kelak sahaja. Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkannya segera sementara stok masih ada!  

Beli Dari Samsung Online Store: Samsung Galaxy A22

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.