Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah dongeng di sebalik istana Kapitan Cina Tanah Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah dongeng di sebalik istana Kapitan Cina Tanah Melayu


 

Istana Chung Thye Pin juga dikenali sebagai Istana Cina Tanah Melayu. (Gambar The Last Kapitan of Malaya)

TANJUNG BUNGAH: Chung Keng Quee dan anaknya Chung Thye Pin terkenal dengan aktiviti kongsi gelap, lombong bijih timah dan kekayaannya yang melimpah ruah – tetapi apa pula cerita di sebalik kediaman besar yang mereka tinggalkan?

Dari kolam renang pertama di Pulau Pinang kepada laluan bawah tanah menuju ke laut dan sebuah telaga misteri yang digunakan untuk menghumban kepala musuh yang dipenggal, terlalu banyak kisah pelik menyelubungi kediaman dan pemiliknya ini.

Berasal dari China, Keng Quee menjadikan Tanah Melayu sebagai negaranya dan memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara ketika dia menubuhkan Taiping dan membangunkan industri perlombongan sehingga berkembang pesat.

Berikutan sumbangan yang besar ini, Inggeris menganugerahkan Keng Quee dan keluarganya dengan gelaran berprestij Kapitan Cina Tanah Melayu.

(Kiri) Kapitan Chung Keng Quee bersama anaknya Kapitan Chung Thye Pin (Kanan). (Gambar Wikipedia dan Penang Monthly)

“Moyang lelaki di sebelah ibu saya belajar di sekolah bersama Chung Thye Pin, kapitan yang memiliki Istana Cina Tanah Melayu.

“Mereka berada di kelas pertama yang mempunyai 25 pelajar, tetapi akhirnya hanya lima sahaja yang lulus, termasuk Chung Thye Pin dan moyang saya Wong Pak Fook,” cerita generasi keenam Nonya Lillian Tong, kepada FMT.

Berbekalkan darah keturunan dan gelarannya sebagai pengarah Muzium Peranakan Pulau Pinang, wanita berusia 61 tahun ini berkongsi beberapa kisah menarik mengenai Kapitan itu dan hartanahnya miliknya yang menawan.

Istana Cina Tanah Melayu

Hotel Shanghai mengadakan pesta dan jamuan teh di The Green Parrot Club. (Gambar The Last Kapitan of Malaya)

Istana ini dikatakan memiliki ruang bawah tanah yang terus menuju ke pantai dan pemandangan menakjubkan sehinggakan Britain dan penduduk tempatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat menggelarnya sebagai ‘Istana Cina’.

Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai hartanah yang cukup gah ini, Tong sempat menulis beberapa perincian dalam memoirnya, setelah membaca buku nukilan Queeny Chang berjudul ‘Memories of a Nyonya’.

“Dalam buku itu, seorang wanita pernah membawa Chang melalui laluan bawah tanah dan mereka kemudiannya duduk dan menikmati minuman teh,” kata Tong.

“Di atasnya terdapat lekukan berbentuk kubah dan apa yang luar biasa dia dapat melihat ikan berenang di atas,” kata Tong sambil menambah walaupun penulis menggambarkannya sebagai laut, Tong percaya ia sebenarnya adalah akuarium bawah tanah yang besar.

Kompleks pangsapuri No 1 Persiaran Gurney kini dibina di lokasi asal Istana Cina Tanah Melayu. (Gambar Land+)

Seperti yang lain, Tong tidak pernah melihat akuarium bawah tanah ini kerana ia dirobohkan pada tahun 1964 untuk pembinaan The Shanghai Hotel.

Pada masa ini, ia bukan lagi sebuah hotel sebaliknya tempat tinggal pelbagai warga yang dipanggil kompleks pangsapuri di No 1 Persiaran Gurney, kediaman mereka.

Villa Relau

Villa Relau menampilkan gaya Sino-Venetian. (Gambar Arkib Negara Malaysia)

Sebelum terkenal dengan kisah dan penampakan paranormal, Villa Relau adalah oasis peribadi Chung dan lokasi kolam renang pertama di Pulau Pinang.

Kolam itu siap pada awal 1930-an dan dikatakan terinspirasi oleh perjalanan duniawi Kapitan ketika dia jatuh cinta dengan terusan romantis di Venice.

Kolam yang dulunya sesuai untuk seorang yang bergelar raja kini menjadi bandar hantu. (Gambar ourjourney06)

“Ia dikelilingi tiang-tiang yang indah, laluan pejalan kaki dan atap terbuka di tengah-tengah hutan yang merimbun,” jelas Tong, sambil menambah setiap tiang batu diukir dengan teliti berekaan tali berliku.

“Mereka perlu memasak air untuk mengisinya supaya dia dapat berenang di waktu pagi dengan air yang hangat,” cerita Tong sambil tertawa dengan kisah yang melampau itu.

Malangnya, Kapitan hanya dapat menikmati air hangat di kolam itu selama beberapa tahun saja selepas meninggal dunia pada 7 April 1935 dan mengakhiri era Kapitan Cina di Tanah Melayu.

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

Gambar Kapitan menghiasi dinding di muzium ini. (Gambar Tsen Ee Lin @ FMT Lifestyle)

Seni bina timur-bertemu-barat yang luar biasa di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang menjadikannya antara bangunan yang paling dikagumi di Pulau Pinang hari ini.

Sebelum menjadi rumah Peranakan, ia adalah kediaman milik Kapitan Chung Keng Quee. Sebelum kematiannya, Keng Quee turut membina sebuah kuil di dalam rumah agam tersebut untuk dirinya dan masih digunakan sehingga kini.

Mungkin anda sendiri pernah melawat muzium itu dan memberi penghormatan di kuilnya, tetapi Tong sempat berkongsi kisah yang jarang didengar dan agak ‘gelap’ mengenai masa lalu kuil itu.

Kuil ini terletak di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang Peranakan Mansion dan merupakan lokasi yang menarik untuk dilihat. (Gambar Tsen Ee Lin @ FMT Lifestyle)

“Terdapat sebuah telaga di kuil ini yang sangat terkenal,” kata Tong dengan suara tersekat-sekat.

“Difahamkan Kapitan akan memenggal kepala musuhnya dan membuang ke dalam telaga supaya ia hanyut ke laut.

“Saya turut membaca dalam laporan penasihat bahawa mereka sering melihat mayat tanpa kepala terapung di laut,” kata Tong, sambil menjelaskan bahawa Beach Street sebelum ini adalah sebuah pantai yang indah sebelum ia ditar dan tanahnya di tambak.

Kini, pintu ke telaga tersebut kekal berkunci tetapi Tong mengakui pernah sempat mengintip keadaan di dalam.

“Satu hari penjaga terlupa mengunci pintu dan saya sanggup berlari untuk menjenguk ke dalam telaga tersebut,” katanya.

“Walaupun ia kini di pedalaman, saya masih dapat melihat pasir laut di dasar telaga itu.”

Walaupun Tong tidak pasti sama ada badan tanpa kepala benar-benar tenggelam ke dasar telaga itu, dia yakin Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang akan terus hidup berabad lagi sama seperti kisah dan pelbagai legasi yang ditinggalkan Kapitan Cina Tanah Melayu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.