Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lori terjunam dalam gaung, pemandu, kelindan maut tersepit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lori terjunam dalam gaung, pemandu, kelindan maut tersepit


 

Anggota bomba berusaha menggunakan pengusung untuk membawa keluar mayat mangsa. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di KM 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata kemalangan pada kira-kira 3 petang itu menyebabkan pemandu lori, Nazli Misnon, 56 dan kelindannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, yang sedang dalam perjalanan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan mendapati sejurus tiba di kawasan selekoh, lori yang membawa muatan baja itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa telah tersepit di bawah lori sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dipetik Bernama.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu turut diminta tampil untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam kenyataan memaklumkan 13 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bersama dua jentera dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, anggota bomba telah bertindak menggunakan ‘rescue power unit’, peralatan tali dan ‘bucket stretcher’ untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.