Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pulau Pinang Cadang Guna Tiang Lampu Jalan Untuk Memancar WiFi Kepada Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pulau Pinang Cadang Guna Tiang Lampu Jalan Untuk Memancar WiFi Kepada Rakyat


Kerajaan Pulau Pinang kini mengatakan mereka akan mengeluarkan tawaran cadangan untuk sebuah projek dinamakan “Projek Smart Street Pole” yang mana akan memfokuskan kepada pembangunan tiang lampu jalan pintar.

Tiang lampu jalan pintar ini bukan sahaja akan menawarkan cahaya ke jalan, tetapi juga dilengkapi dengan sokongan kamera litar tertutup, dan pada masa yang sama turut menjadi tiang komunikasi untuk perkhidmatan WiFi.

Projek baharu ini dijangka akan menggantikan perkhidmatan WiFi percuma Penang Free WiFi.

Ia diperkatakan Penang Free WiFi sering menerima banyak aduan kerana kelajuan internet, dan kos yang dibayar juga dikatakan tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan.

Beberapa syarikat telekomunikasi yang berminat dikatakan telah melakukan percubaan dengan membina tiang pintar di beberapa kawasan. Namun, ia mengalami kelewatan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.