TCL L10 Pro Dilancarkan Dengan Unisoc SC9863A, Tri-Kamera Belakang
TCL L10 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Brazil. Ia hadir dengan spesifikasi kelas asas menerusi janaan cip Unisoc SC9863A. Di samping itu, ia juga mempunyai beberapa titik utama lain seperti sistem tri-kamera utama, bateri 4000mAh dan sebagainya.
Untuk spesifikasi khusus, TCL L10 Pro menggunakan skrin berukuran 6.22-inci bersama resolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU IMG8322, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 4000mAh. Seterusnya, sisterm tri-kamera digunakan dengan tetapan 13MP + 5MP + 2MP dan kamera hadapan pula adalah sebesar 5MP. Lain-lain spesfikasi adalah pengimbas cap jari sisi, sokong ruang tambahan microSD maksimum 128GB dan banyak lagi. Untuk harga, TCL L10 Pro dijual pada BRL 1,299 (~RM1,041).
Sumber : TCL Brazil
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment