Adakah Bitcoin Jawapan Untuk Kebebasan Kewangan Di Malaysia?
Salah satu cara untuk mendapatkan kebebasan kewangan adalah melalui pelaburan wang yang anda ada secara konsisten bagi mendapatkan pulangan pelaburan (Return On Investment,
ROI) yang lebih tinggi dari kadar inflasi, sekaligus dapat meningkatkan lagi nilai aset-aset anda. Dari ASB, pembelian saham sehinggalah ke trend terkini iaitu pelaburan kriptowang seperti Bitcoin, memang banyak cara untuk membuat pelaburan. Tetapi disini kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang pelaburan kritowang, terutamanya Bitcoin.Apa Itu Bitcoin?
Bitcoin merupakan kriptowang pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 2009 oleh
seseorang (atau sekumpulan) yang namakan dirinya sebagai Satoshi Nakamoto. Beliaulah yang mengimplementasikan teknologi yang dipanggil “Blockchain” ataupun rantaian-blok pada matawang digital.Untuk pemahaman mudah, bagi setiap transaksi yang dibuat, ia akan dihantar ke satu rangkaian komputer di seluruh dunia. Rangkaian ini kemudiannya akan mengesahkan transaksi tersebut dan akan dikumpulkan ke dalam satu blok selepas ia disahkan. Blok ini akan dirantaikan bersama blok-blok lain dan ini yang seterusnya dipanggil sebagai rantaian-blok (blokchain). Rantaian-blok ini akan disusun di lejar awam (public ledger) di mana semua pelabur boleh melihat transaksi yang pernah dibuat tanpa mendedahkan identiti pemegang akaun tersebut. Proses pengesahan rangkaian komputer ini akan menghasilkan ganjaran yang dinamakan sebagai Bitcoin.
Bitcoin ini adalah wang digital tanpa sistem berpusat dan menggunakan kaedah Peer-to-Peer. Jadi ini bermaksud tiada organisasi, syarikat-syarikat perbankan dan kerajaan yang dapat mengawal penuh aset kewangan kita. Konsepnya lebih privasi dan hanya anda seorang sahaja yang boleh menguasai pelaburan anda sendiri.
Tetapi, bagaimana Bitcoin ini boleh mempunyai nilainya yang tersendiri? Konsepnya sama seperti emas, kerana pada asasnya emas juga tidak mempunyai nilai intrinsik yang tinggi. Namun disebabkan permintaan orang ramai dan jumlah emas yang terhad menjadikannya mempunyai nilai yang tinggi. Begitu juga dengan Bitcoin. Bermula dari nilai sifar pada tahun 2009 dan disebabkan permintaan yang tinggi, kini (2021) harga satu bitcoin pernah mencecah lebih daripada RM200,000 untuk beberapa kali sepanjang tahun ini.
Adakah Bitcoin Boleh Dipercayai?
Ini soalan yang sentiasa tercetus di minda orang ramai apabila bercerita tentang Bitcoin, dan sehingga kini masih tiada jawapan yang dapat memuaskan hati setiap individu. Kebiasaannya pelabur-pelabur kriptowang ini terdiri daripada golongan muda ataupun pelabur-pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka. Namanya juga pelaburan, tentunya ada naik turun yang kita semua perlu hadapi.
Walaupun begitu, Bitcoin telah berjaya memenangi hati lebih ramai orang setiap hari, sehingga nama-nama terkenal dalam arena kewangan dunia seperti Mark Cuban (usahawan dan jutawan dengan aset melebihi USD4.3 Billion) dan Elon Musk (pengasas bersama PayPal dan Tesla, serta pengasas SpaceX, Neuralink, dan The Boring Company) memberi sokongan ke atas kriptowang ini.
Bagaimana pula di Malaysia? Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengiktirafkan beberapa platform jual beli kriptowang seperti Luno untuk pembelian beberapa jenis kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum. Luno Malaysia juga telah menggunakan YouGov, iaitu satu agensi penganalisis data untuk membuat suatu kajian kepada 1015 rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas apabila mereka melabur ke dalam kriptowang, dan berikut adalah hasil kajiannya:
- 57% hanya laburkan duit yang mereka sanggup rugi
- 43% membuat kajian yang menyeluruh sebelum membuat pelaburan
- 42% membeli kriptowang dari bursa yang boleh dipercayai
- 37% percaya bahawa kriptowang boleh digunakan sebagai pelaburan jangka masa panjang
- 21% pernah membuat pelaburan kriptowang dalam tempoh 2 tahun ini
- 34% memerlukan lebih pendidikan kewangan tentang kriptowang untuk melabur kedalamnya
Sebagai rumusan kepada kajian ini, ramai golongan muda yang sebenarnya berminat untuk membuat pelaburan kriptowang ini untuk mendapatkan kebebasaan kewangan jangka masa panjang. Namun mereka perlu membuat analisa tentang pasaran kewangan dunia dan perlu mempunyai ilmu yang cukup untuk membuat pelaburan. Kebanyakan antara mereka juga sanggup mengambil risiko untuk mendapatkan keuntungan.
Pelaburan kriptowang adalah suatu jenis pelaburan “higher risk higher return”. Sekiranya anda berminat untuk melaburkan duit kedalamnya, kami sarankan beberapa perkara. Pertama sekali, anda perlu membuat kajian anda sendiri tentang risiko yang berkaitan dengannya. Kedua, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan sebegini, hanya laburkan duit yang tidak akan memberi kesan besar pada hidup anda jika ia hilang nilai 100%. Ketiganya adalah usaha sebaiknya supaya pelaburan kita menjadi.
Apakah Kebaikan Bitcoin?
Jika dahulu, pelaburan kita hanya boleh dibuat di syarikat-syarikat perbankan sahaja. Kini dengan peredaran masa dan teknologi moden, segalanya boleh dibuat secara digital. Begitu juga dengan pelaburan. Namun pelaburan di syarikat perbankan tidak memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengawal peraliran wang dan pelaburan kita sendiri kerana terdapat terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, nilai Bitcoin pernah mencecah lebih daripada RM200,000 untuk beberapa kali sepanjang tahun ini. Jadi kita boleh katakan bahawa faedah pelaburan kriptowang ini boleh menjadi berlipat kali ganda dan lebih tinggi daripada pelaburan tradisional, asalkan anda tahu bagaimana untuk membuat pelaburan dengan betul dan memahami risiko yang datang bersamanya.
Tambahan juga, syarikat-syarikat perbankan ini juga hanya beroperasi pada masa tertentu sahaja. Jika dibandingkan dengan kriptowang, ia tersedia sepanjang masa dan kita boleh mengawal sendiri jumlah wang yang kita ingin laburkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Kesimpulan
Secara amnya, tiada jalan pendek untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Usaha dan masa perlu dilaburkan secara konsisten untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang berbaloi untuk masa depan anda. Patutkah anda laburkan duit dari hasil titik peluh anda ke dalam kriptowang, dengan harapan harga pasarannya akan meningkat pada masa hadapan untuk anda dapatkan kebebasan kewangan? Kami bukan pengurus kewangan, tetapi kriptowang adalah salah satu alternatif yang anda boleh cuba.
Apa-apa pun anda boleh melihat sendiri impak kriptowang kepada dunia teknologi kewangan jika anda mengambil sedikit masa untuk mendalaminya. Jika anda berminat dengan pelaburan kriptowang tetapi sedikit was-was dengan keberkesanannya, Luno adalah platform jual beli Bitcoin yang pertama mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga merupakan medium yang anda boleh rujuk untuk mendalami ilmu pelaburan digital ini. Hal ini kerana mereka juga ada menerbitkan banyak artikel-artikel berkenaan info terkini pelaburan semasa. Manalah tahu, suatu hari nanti Myvi boleh bertukar menjadi BMW 3 Series. Berangan tidak salah, janji usahanya ada.
Penafiann: Advertorial daripada Luno Malaysia
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment