Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyedia Internet Korea Selatan Menyaman Netflix Kerana Peningkatan Trafik Disebabkan “Squid Game” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyedia Internet Korea Selatan Menyaman Netflix Kerana Peningkatan Trafik Disebabkan “Squid Game”


Penyedia perkhidmatan internet di Korea Selatan, iaitu SK Broadband kini telah memfailkan saman terhadap Netflix, kerana meningkatkan trafik rangkaian dan juga kerja penyelengaraan disebabkan oleh populariti Squid Game.

SK Broadband mengatakan trafik yang diuruskan mereka meningkat 24 kali ganda pada September berbanding dengan Mei 2018 yang lepas – antaranya disebabkan populariti siri seperti “Squid Game” dan juga “D.P”.

Netflix kini dikatakan mempunyai aliran trafik kedua tertinggi negara berkenaan, selepas YouTube. Namun, kedua-dua pihak, Netflix dan Google (YouTube) dilihat antara yang tidak membayar yuran penggunaan rangkaian – yang mana penyedia lain seperti Amazon, Apple dan Facebook membayarnya.

Menurut Netflix, mereka mengatakan telah menyumbang kepada 16,000 pekerjaan di Korea Selatan, sekaligus memberikan kesan positif terhadap ekonomi negara berkenaan.

Walaubagaimanapun, pada bulan Jun yang lepas, mahkamah di Seoul telah mengatakan yang mana SK menyediakan perkhidmatan pada kos, dan Netflix perlu menawarkan sesuatu sebagai pulangan kepada penyedia perkhidmatan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.