Fairphone True Wireless Stereo Earbuds Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar Aktif, Bahan Mesra Alam
Seiring pengenalan Fairphone 4, syarikat yang berpangkalan di Belanda ini turut sama hadir dengan aksesori audio tersendiri. Melaluinya, Fairphone TWS telah dilancarkan secara rasmi, Menariknya, earbuds dan pod pengecasan diperbuat daripada bahan mesra alam yang merangkumi 30% plastik kitar semula dan mudah diperbaiki.
Bercakap lebih lanjut mengenainya, Fairphone TWS menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk segi empat. Seterusnya, ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 10mm, di samping dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Fon telinga ini turut mempunyai penarafan IPX4 yang membenarkan anda untuk membawanya bersenam.
Tidak ketinggalan, Fairphone TWS turut disertakan sejumlah ciri menarik lain seperti kawalan sesentuh dan tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.3. Bateri sebesar 45 mAh pula diletakkan pada setiap fon telinga. Seterusnya, pada pod pengecas bateri sebesar 500mAh disertakan. Harga jualannya adalah €99.95 (~RM484).
Sumber : Fairphone
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment