YouTube Menguji Integrasi Google Assistant Pada Deskripsi Video Yang Sedang Ditonton Untuk Maklumat Tambahan
Melalui laman youtube.com/new khusus untuk pengguna YouTube Premium, YouTube akan menawarkan pelbagai fungsi dan ciri baharu untuk diuji secara lebih awal sebelum ditawarkan secara lebih meluas. Setiap ujian yang ditawarkan biasanya ada had masa dan selepas satu ujian tamat akan ada ujian lain ditawarkan.
Terkini, YouTube menguji integrasi Google Assistant pada deskripsi setiap video. Di mana setiap video terpilih yang ditonton apabila ditatal ke bahagian paling bawah deskripsi, Google Assistant boleh mencadangkan topik lain berkaitan dengan video yang sedang ditonton.
Misalnya jika anda tonton video treler filem, akan ada cadangan untuk baca mengenai sinopsis filem, pelakon, lokasi dan maklumat lain. Jika anda tekan Google Assistant yang terpapar, ia akan melancarkan pembantu digital ini dengan teks About <nama filem> seakan anda seru dan tanya benda yang sama. Cuma ini sedia terbina.
Ciri ini dilihat terhad kepada pengguna Android sahaja dan hanya boleh gunakan dalam bahasa Inggeris.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment