Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy M22 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM779 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy M22 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM779


Samsung Galaxy M22 telah dilancarkan pada 14 September yang lalu sebagai peranti kelas pertengahan dengan sistem kuad kamera. Bagi pengguna di Malaysia yang ingin membelinya, Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy M22 hari ini dengan jualan dibuka 5 Oktober pada harga RM899 sebuah.

Peranti dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED HD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dikekalkan, dijana cip Mediatek Helio G80, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Peranti boleh dicas semula dengan pantas menggunakan pengecas 25W tetapi hanya pengecas 15W disertakan dalam kotak.

Kamera utama menggabungkan sensor 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) bersama dengan kamera swafoto sebesar 13MP. Peranti juga mempunyai bicu audio 3.5mm dan speaker mono. Ciri lain yang menarik ialah pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa.

Sempena pelancaran peranti di Malaysia, Samsung Galaxy M22 akan ditawarkan pada harga promosi RM779 sebuah sekiranya pembelian dilakukan menerusi Shopee di antara 3-10 Oktober ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.