Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazfit GTR 3 Pro, GTR 3 Dan GTS 3 Dilancarkan – Zepp OS Serta Bateri 35 Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazfit GTR 3 Pro, GTR 3 Dan GTS 3 Dilancarkan – Zepp OS Serta Bateri 35 Hari


Selama Amazfit melancarkan tiga jam tangan pintar terkini mereka yang menggunakan sistem operasi baharu Zepp OS. Tiga jam yang dilancarkan ialah Amazfit GTR 3 Pro, Amazfit GTR 3 dan Amazfit GTS 3 yang kesemuanya mempunyai ciri yang hampir sama cuma dengan rekaan serta prestasi bateri yang berbeza.

Amazfit GTR 3 Pro ialah model paling mercu dengan skrin 1.45″ AMOLED berbentuk bulat dengan dua butang kawalan diletakkan pada sisi kanan. Salah satu butang boleh diputar untuk melakukan tatalan tanpa menyentuh skrin. Penambahbaikan dilakukan menerusi sensor biometrik BioTracker PPG yang boleh mengesan kadar nadi, kepekatan oksigen dalam darah, stres, dan kadar pernafasan. Pengesanan tidur dan oksigen ketika tidur juga boleh dilakukan.

Jam tangan mampu mengesan dan menjejak 150 jenis aktiviti sukan secara terbina. Sokongan GPS juga disertakan bagi mereka yang ingin melihat sejauh mana perjalanan mereka secara berterusan. Tambahan lagi GTR3 Pro boleh digunakan untuk berenang dengan kemampuan bertahan sehingga kedalaman 5 ATM. Pengguna juga boleh menggunakan pembantu maya Alexa untuk kawalan menggunakan suara.

Kerana wujudnya mikrofon dan speaker, GTR 3 Pro boleh digunakan untuk menjawab telefon menerusi tambatan bluetooth. Model GTR 3 Pro juga hadir dengan storan untuk meletakkan MP3 untuk didengari. Prestasi bateri adalah sehingga 30 hari dalam mod penjimatan, 12 hari dalam penggunaan biasa dan 35 jam dengan GPS aktif sepanjang masa.

Amazfit GTR 3 pula mempunyai spesifikasi yang sama dan ciri yang serupa cuma skrin lebih kecil 1.45″ AMOLED berbentuk bulat. Tiada sokongan panggilan telefon tetapi Alexa masih boleh digunakan. Prestasi bateri pula ialah sehingga 35 hari dalam mod penjimatan, 21 hari dalam penggunaan biasa dan 35 jam dengan GPS aktif sepanjang masa.

Akhir sekali ialah Amazfit GTS 3 yang mempunyai spesifikasi yang sama tetapi skrin 1.75″ AMOLED berbentuk empat segi. Bateri bertahan hanya sehingga 20 hari dalam mod penjimatan, sehingga 12 dalam penggunaan biasa dan 20 jam dengan GPS aktif sepanjang masa.

Amazfit GTR 3 Pro dijua pada harga £179 (~RM1014) dalam warna Infinite Black dan Brown Leather. Amazfit GTR 3 dijual pada harga £149 (~RM844) dalam warna Thunder Black dan Midnight Grey. Akhir sekali Amazfit GTS 3 dijual pada harga £149 (~RM844) dalam warna Graphite Black, Ivory White dan Terra Rossa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.