Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Memberikan iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.1 Bagi Menampal Pelbagai Pepijat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Memberikan iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.1 Bagi Menampal Pelbagai Pepijat


iOS 15 dan watchOS 8 adalah versi terkini sistem operasi iPhone dan Apple Watch. Walaupun ia versi terkini, pengguna melaporkan beberapa isu dalam bentuk pepijat yang menyebabkan penggunaan peranti sedikit terganggu. Pagi ini kemas kini iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.1 telah diberikan Apple untuk menampal lagi beberapa pepijat selang seminggu selepas iOS 15.0.1 diberikan.

Tampalan yang diberikan pada iOS ialah menyelesaikan isu imej yang disimpan dari Messages hilang dari peranti, AirTag tidak ditemui dalam Find My, gangguan pada ciri CarPlay dan peranti tidak boleh dikembalikan semula dari sandaran pada iPhone 13.

Sementara itu tampalan pada watchOS pula ialah isu pada Apple Watch 3 dimana ciri ketercapaian tidak boleh diaktifkan dan paparan talam kemaskini yang tidak betul. Saiz muat turun ialah 531.4 MB untuk iOS 15.0.2 dan 132MB untuk watchOS 8.0.1.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.