Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gaduh di Bukit Bintang, 3 lelaki ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gaduh di Bukit Bintang, 3 lelaki ditahan


 

Semua suspek terbabit direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, menurut Noor Dellhan Yahaya.

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang susulan tular video insiden berkenaan di media sosial, semalam, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya.

Beliau berkata, polis mengesan dua video yang tular berkenaan, masing-masing berdurasi 37 dan 27 saat menunjukkan insiden pergaduhan yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @NanManjoi8715.

Katanya, sehubungan itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan siasatan berhubung video berkenaan yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 52 tahun.

“Semua suspek terbabit direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Dellhan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan dan pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.