DNB : Penggunaan Data Purata Dijangka Mencapai 60GB Sebulan Dalam Tempoh 10 Tahun
Pada hari ini, rangkaian mudah-alih memainkan peranan penting dalam memastikan kita kekal berhubung, dan dapat mengakses pelbagai maklumat da informasi dimana saja kita berada.
Hal ini sekaligus membawa kepada peningkatan penggunaan data purata oleh setiap pengguna dari hari ke hari.
Pada 2015 yang lepas, angka data penggunaan purata setiap pengguna adalah sekitar 1.5GB sahaja, dan kini pada tahun 2021, angka berkenaan telah mencapai 23GB sebulan.
Disebabkan oleh PKP sendiri, angka berkenaan telah meningkat dari 15GB sebulan kepada 23GB sebulan – sebuah peningkatan drastik dalam tempoh kurang setahun.
Mengikut sasaran pihak Digital Nasional Berhad, angka berkenaan dijangka terus meningkat, da mencapai 60GB dalam tempoh 10 tahun lagi.
Ini selari dengan permintaan dan penggunaan data lebih tinggi – terutamanya aplikasi melibatkan video. Malah, akhir-akhir ini, pelbagai syarikat mula melihat kepada pembangunan dunia meta yang dijangka akan menggunakan lebih banyak data lagi dari hari ke hari.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment