DNB Sasar Pengguna Menikmati Kelajuan 5G Paling Minima 100Mbps
Digital Nasional Bhd (DNB) adalah firma yang bertanggungjawab berkenaan dengan rangkaian 5G di Malaysia. Perkhidmatan telekomunikasi generasi baharu ini dijangka diperkenalkan dalam tempoh dua bulan lagi, bermula di Putrajaya, Cyberjaya dan juga Kuala Lumpur.
Bercakap mengenainya, melalui temuramah khas bersama TheStar, pihak DNB mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan kelajuan 100Mbps pada pinggir sel (cell edge) – yang mana bermaksud seseorang pengguna akan dapat menikmati liputan sekurang-kurangnya 100Mbps pada titik paling lemah, berbanding 18Mbps pada hari ini.
DNB turut megatakan mereka akan dikenakan penalti sekiranya gagal menawarkan kelajuan 100Mbps.
Namun, salah satu perkara yang masih dihiraukan adalah adakah penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan menawarkan kelajuan penuh tersebut kepada pengguna akhir tanpa mengurangkannya.
Ini bermakna, walaupun DNB menawarkan kelajuan paling minima 100Mbps, namun pengguna akhir tidak akan dapat menikmati kelajuan sama. Hal ini kerana penyedia telekomunikasi masih mengawal penawaran pakej dan produk, termasuk perkhidmatan kepada pengguna akhir.
DNB mengatakan mereka sedang dalam perbincangan bersama pihak SKMM dalam mengatasi masalah ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment