Hi! Welcome Back and Stay Tune! Krew Rusia Kembali Ke Bumi Selepas 12 Hari Melakukan Penggambaran Di Angkasa Lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Krew Rusia Kembali Ke Bumi Selepas 12 Hari Melakukan Penggambaran Di Angkasa Lepas


Krew dari Rusia dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)dua minggu lalu untuk melakukan penggambaran filem pertama di angkasa lepas. Selepas 12 hari, krew filem Challenge telah berjaya kembali ke bumi di dalam kapsul Soyuz MS-18 di Kazakhstan semalam.

Tiga krew yang kembali ialah pelakon utama Yulia Peresild, pengarah Klim Shipenko dan angkasawan Oleg Novitskiy yang sudah berada di ISS selama 191 hari. Challenge menjadi filem pertama melakukan penggambaran di angkasa lepas dan berkisar dengan situasi kecemasan yang berlaku apabila angkasawan tidak boleh kembali ke bumi kerana masalah kesihatan.

Selepas Challenge, Tom Cruise dan Doug Liman pula akan ke ISS tahun ini untuk turut melakukan penggambaran untuk filem yang belum diumumkan tajuknya. Kebenaran melakukan penggambaran komersial dan pengiklanan diberikan oleh NASA di ISS bagi menjana pendapatan selepas belanjawan badan angkasa lepas Amerika Syarikat ini dipotong.

Sumber Roscosmos



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.