Squid Game Menjana Pendapatan RM 3.7 Bilion Untuk Netflix Sejak Ditayangkan
Squid Game masih lagi siri yang menjadi bualan ramai setelah sebulan ia ditayangkan di Netflix. Ia kini secara rasmi ialah kandungan yang paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix dengan 111 juta akaun telah menstrimnya. Tetapi menurut data yang tertiris dan dilaporkan oleh Bloomberg, Squid Game menjana pendapatan yang berlipat kali ganda dari yang dilaburkan oleh Netflix.
Netflix membayar $21.4 juta (~RM89 juta) untuk sembilan episod Squid Game dan setakat ini dianggarkan telah menjana keuntungan sekitar $891 juta (~RM3.7 bilion). Data dalaman yang tertiris turut mendedahkan 137 juta akaun menonton sekurang-kurangnya dua minit siri dan 87 juga akaun habis menonton siri dalam masa 23 hari. Sebanyak 1.4 bilion jam telah dihabiskan oleh pelanggan Netflix menonton Squid Game setakat ini.
Dengan siri ini menjadi bualan ramai kerana menyentuh isu hutang isi rumah yang tinggi, layanan buruk terhadap migran dan eksploitasi oleh golongan kaya. Di Malaysia pula ia dituduh tidak bermoral dan menggalakkan membunuh diri oleh ahli politik. Sama ada anda bersetuju ataupun tidak, Squid Game membuktikan kandungan yang berkualiti akan ditonton tidak mengira bahasa yang digunakan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment