Negara capai 90% populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19
PETALING JAYA: Negara mencapai 90.02% populasi dewasa lengkap divaksin selepas 21,073,482 individu selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Peningkatan sebanyak 0.3% berbanding sehari sebelum itu, iaitu 89.7% selaras dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan perjalanan merentas negeri dan ke luar negara bermula hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas mengumumkan sempadan negeri di seluruh negara dibuka serentak mulai hari ini selepas kadar vaksinasi populasi dewasa melepasi 90%.
Sementara itu, berdasarkan perangkaan di portal CovidNow, 94.8% atau 22,185,520 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 7.4% atau 231,714 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah selesai divaksinasi.
Sejumlah 129,518 dos vaksin diberikan semalam dengan 31,932 melibatkan dos pertama manakala 97,586 dos kedua menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 45,650,714 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment