Samsung Galaxy A13 5G Mungkin Hadir Dengan Rekaan Tri-Kamera Di Belakang
Samsung semakin rancak menawarkan peranti dengan sokongan rangkaian 5G mampu milik. Salah satu daripadanya adalah Samsung Galaxy A22 5G. Bercakap serba sedikit mengenainya, ia dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700, kamera utama 48MP dan bateri 5,000mAh yang mana menjadi aspek tarikan utama.
Terbaharu, Samsung dikhabarkan dalam perancangan untuk hadir dengan sebuah lagi peranti 5G mampu milik. Spekulasi awal mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy A13 5G kelak. Pada masa sama, imej pengolokan peranti turut telah tertiris menerusi perkongsian OnLeaks dan ZouTon.
Samsung Galaxy A13 5G akan menampilkan skrin hadapan bertakuk kecil sama seperti yang boleh dilihat pada pendahulunya iaitu Samsung Galaxy A12. Skrin pula adalah sejenis IPS LCD yang berukuran 6.48-inci dengan nisbah skrin ke badan mencapi 83.4%. Turut kelihatan, peranti mempunyai sokongan pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa.
Seterusnya, panel belakang pula menunjukkan rekaan kamera yang mirip seperti Samsung Galaxy A32. Tetapi, ia lengkap dengan tiga lensa utama yang disusun secara menegak. Pada masa sama, terdapat sokongan LED Flash bersebelahan dengannya. Ia dijangka menggunakan sensor 50MP sebagai kamera utama. Turut kelihatan, adanya bicu audio 3.5mm yang diletakkan pada bahagian bawah bersama dengan port sambungan USB-C dan pembesar suara mono.
Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A13 5G mungkin dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 700 yang digandingkan dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Bateri pula adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan 25W dan tersedia dalam beberapa warna seperti merah, hitam, putih serta biru.
Sumber : OnLeaks, ZouTon
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment