Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme GT Neo2T Akan Dilancarkan 19 Oktober Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme GT Neo2T Akan Dilancarkan 19 Oktober Ini


Bulan lepas, Realme telah melancarkan Realme GT Neo2 di pasaran China. Iaitu peranti gaming terbaru mereka dengan cip Snapdragon 870, skrin AMOLED 120Hz, serta mempunyai sistem penyukan berasaskan “berlian”. Di China peranti ini menjalankan Realme UI berasaskan Android 11, tetapi versi global mungkin akan terus hadir dengan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12.

Terkini, Realme China telah mengesahkan kehadiran satu lagi model di bawah siri sama – iaitu Realme GT Neo2T. Jika anda tertanya kenapa ada huruf “T”? Mungkin kerana Pete Lau yang sudah menguruskan produk Realme juga, dan tiada lagi model “T” untuk OnePlus kerana digantikan dengan model “RT”.

Berdasarkan imej kotak peranti yang Realme kongsi, ia memberi petanda yang peranti ini lebih ke arah gaming dengan mungkin rekaan lebih ranggi dan ganas.

Peranti ini dijangka akan menggunakan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+, kadar segar semula 120Hz, kamera utama 64+8+2 Megapixel bersama kamera swafoto 16 Megapixel, dan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200 untuk penawaran harga lebih mampu milik. Memori dikatakan adalah sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti juga dijangka mempunyai bateri berkapasiti 4500mAh dan pengecasan pantas 65W.

GT Neo2

Walaupun Realme UI 3.0 dikatakan adalah berasaskan Android 12, peranti ini dikatakan akan kekal dengan Android 11 sahaja. Apa kata anda mengenai peranti ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.