YouTube Menghalang Paparan Iklan Pada Video Yang Menafikan Perubahan Iklim
Hakikatnya perubahan iklim ialah benar dan telah cuba dipopularkan pada dekad 90an lagi. Ada ramai insan berusia awal 40an atau penghujung 30an yang masih boleh menyanyikan lagi tema Captain Planet yang merupakan usaha awal menghasilkan generasi cakna mengenai pencemaran. Tetapi seperti kita semua tahun, mengitar semula tin aluminium dan plastik gagal mengurangkan impak manusia kepada alam. Ini tidak dibantu oleh video konspirasi yang menafikan perubahan iklim di media sosial.
Sebagai platform video nombor satu dunia, YouTube akhirnya mengambil langkah serius menghalang pengiklanan pada kandungan yang menafikan perubahan iklim sedang berlaku. Penghasil kandungan tidak lagi boleh menjana pendapatan dengan mengatakan manusia tidak meninggalkan impak kepada iklim dan penyebaran teori konspirasi.
Langkah ini diambil setelah YouTube dikritik oleh pengiklan dan juga penghasil kandungan lain di platform mereka. Ini adalah langkah kedua diambil oleh YouTube untuk membersihkan platform selepas mengharamkan kandungan anti vaksin dan memadam saluran yang menyebarkan fahaman tersebut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment