Hi! Welcome Back and Stay Tune! DNB Akan Papar Harga Jualan Kos Data 5G Secara Terbuka – Memudahkan Pengguna Bandingkan Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DNB Akan Papar Harga Jualan Kos Data 5G Secara Terbuka – Memudahkan Pengguna Bandingkan Harga


Digital Nasional Berhad, atau DNB adalah firma yang bertanggungjawab dalam menguruskan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia. DNB akan menyediakan pelbagai infrastruktur, dan syarikat telekomunikasi akan menawarkan perkhidmatan kepada pengguna awam.

Terkini, pihak DNB melalui MalayMail, mengatakan mereka akan memaparkan harga jualan kos untuk data 5G secara terbuka kepada awam. Syarikat telekomunikasi juga dijangka akan membayar nilai harga yang lebih rendah untuk setiap GB 5G, berbanding dengan data rangkaian 4G pada hari ini.

5G Laju

Menurut pihak DNB, langkah ini akan membawa kepada kos dan pakej yang berharga lebih rendah kepada pengguna. Memandangkan harga akan dipaparkan secara terbuka, maka pengguna boleh membuat perbandingan dan melihat bagaimana penyedia telekomunikasi mengenakan cas kepada pengguna, serta kos yang terlibat.

Mengikut penganalisa UBS Research, harga setiap GB untuk rangkaian 5G dianggarkan sekitar 50 sen, yang mana jauh lebih murah berbanding hari ini yang memakan kos sekitar RMM1.10 setiap GB.

Rangkaian 5G dijangka diperkenalkan pada Disember 2021 ini, di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya. Dengan berbaki beberapa minggu lagi, kita akan mendengar lanjut berkenaan penawaran 5G ini tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.