Huawei Mate X Dan Mate 50 Akan Tiba 2022, Satu Dengan Snapdragon 898
Sejak peranti-peranti Huawei tidak menyokong GMS, populariti peranti ini semakin tenggelam dengan pesaing lain yang kini semakin menarik perhatian orang ramai. Dengan ekosistem HarmonyOS yang semakin hebat dan stabil, Huawei dilihat cuba sekali lagi dengan kini lebih menawarkan menjual ekosistem sepertimana yang Apple lakukan.
Huawei sambil pada itu terus akan memperkenalkan peranti mercu yang akan bersaing dengan jenama seperti Apple, Samsung dan lain-lain. Kita tahu yang siri Huawei Mate 50 pelancarannya ditunda. Antara sebab adalah peranti ini dipercayai akan menggunakan sistem komunikasi yang dihubungan ke satelit BeiDou penghantaran SMS kecemasan.
Peranti yang dikatakan akan dilancarkan pada Mac 2022 ini, mungkin akan dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 898. Seperti biasa, ia akan menggunakan versi 4G sahaja dan cip ini dibina oleh Samsung berasaskan rekaan 4nm. Siri Mate 50 turut akan menggunakan skrin LTPO yang memberi petanda kepada sokongan kadar segar semula tinggi adaptif.
Pada masa yang sama, peniris terkenal Digital Chat Station turut menyatakan yang Huawei mungkin akan melancarkan peranti Huawei Mate X baharu terlebih dahulu sekitar Februari 2022. Peranti dengan skrin boleh-lipat ini dikatakan akan menggunakan panel OLED daripada Samsung POL-LESS OLED.
Satu peranti dengan skrin boleh-lipat seakan Samsung Galaxy Z Flip3, dikatakan adalah Huawei Mate V turut akan dilancarkan serentak. Ia dikatakan akan dijana dengan cip HiSilicon Kirin 9000.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment