Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saarani dahului senarai 192 penerima darjah kebesaran, pingat Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saarani dahului senarai 192 penerima darjah kebesaran, pingat Perak


 

Saarani Mohamad dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-14 pada 10 Dis tahun lepas. (Gambar Bernama)

IPOH: Menteri Besar Saarani Mohamad mendahului senarai 192 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Saarani, 60, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-14 pada 10 Dis tahun lepas dikurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Azmir Shah Zainal Abidin.

Beliau berkata, sempena hari keputeraan tahun ini, Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 13 penerima termasuk Pengarah Jabatan Pendidikan Perak Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman.

Penerima lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Arham Abdul Rahman, Pengarah Kastam Perak Mohamad Saprin, Pengarang Kumpulan Berita Harian Saidon Idris, Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Mohamed Zin Yusop serta Ketua Protokol dan Istiadat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Toh Jana Pahlawan Abu Bakar Romlee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman pula mengetuai senarai empat penerima Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Penerima lain ialah Panglima Wilayah Laut 2 Markas Wilayah Laut 2 Pangkalan TLDM Sandakan Rusli Ahmad, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara Felix Gonsalvez Alexander dan Pakar Perunding Bedah Ortopedik Hospital Angkatan Tentera Lumut Dr Musa Kasmin.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada sembilan penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 23 penerima dan Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada lapan penerima.

Selain itu, seramai 44 individu menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 47 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT) manakala Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dianugerah kepada 33 penerima dan sembilan lagi menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Zahidi berkata, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak bagi siri pertama yang membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Seri Panglima, Datuk dan Datuk Pahlawan akan diadakan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 14 Nov ini.

Beliau berkata, istiadat pengurniaan seterusnya bagi penerima darjah kebesaran dan pingat lain akan dianjur mengikut tarikh yang diperkenan oleh Sultan Nazrin serta tertakhluk kepada situasi semasa pandemik Covid-19.

“Pelaksanaan istiadat pengurniaan juga tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat dan penerima disyaratkan menjalani ujian RT-PCR terlebih dahulu di premis kesihatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh tiga hari sebelum istiadat berlangsung.

“Ujian pengesanan menggunakan kit ujian air liur juga perlu dilakukan secara kendiri pada pagi hari istiadat berkenaan bagi memastikan penerima yang hadir disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.