Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Laser Cinema 2 – Projektor Laser 4K Dolby Vision Yang Berharga RM10K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Laser Cinema 2 – Projektor Laser 4K Dolby Vision Yang Berharga RM10K


Di China, Xiaomi amat aktif dalam pasaran barangan elektronik rumah – lebih-lebih lagi dalam kategori teater rumah. Daripada pelbagai model televisyen, projektor, sistem audio dan banyak lagi. Terkini, Xiaomi telah melancarkan projektor baharu yang lain daripada yang lain Xiaomi Laser Cinema 2.

Projektor ini boleh memancarkan kandungan pada saiz 80-inci sehingga 150-inci dengan jarak pancaran 20cm sahaja kepada permukaan. Resolusi dikatakan adalah mencapai 4K 3840 x 2160 dengan nisbah kontras 3000:1 dengan sokongan paparan HDR10 dan Dolby Vision.

Projektor ini menjalankan MIUI for TV dengan PatchWall, cip pemprosesan adalah MediaTek MT9669 Cortex-A73 empat-teras 1.9GHz, 32GB storan dalaman dan 3GB RAM. Xiaomi turut mempunyai sistem pengurangan hingar pada imej dengan algoritma tersendiri. Audio pula datang dengan 2x 15W pemacu audio yang menyokong Dolby Atmos dan DTS Sound.

Untuk port sambungan ia hadir dengan 3x HDMI 2,0, 2x USB-A 2.0, 1x S/PDIF, 1x bicu audio 3.5mm, dan 1x ethernet.

Ia dijual di pasaran China sahaja buat masa ini dan tidak pasti akan ada versi Android TV/Google TV untuk pasaran global akan datang. Harga jualan sekarang adalah ¥14,999, iaitu sekitar RM9738.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.