Maybank2U Versi Klasik Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada Januari 2022
Maybank kini mengumumkan mereka akan menamatkan sepenuhnya laman perbankan Maybank2U versi klasik pada Januari 2022 kelak.
Maybank sebelum ini, pada 2018 yang lepas telah memperkenalkan laman Maybank2U versi baharu yang hadir dengan antaramuka lebih moden, serta beberapa ciri-ciri menarik baharu.
Maybank mengatakan perubahan ini hanya akan memberikan impak kepada segelintir kecil pengguna sahaja. Pengguna Maybank2U versi klasik masih boleh kekal menggunakan nama pengguna dan kata laluan sama dalam log masuk ke Maybank2U.
Bagi anda yang masih menggunakan Maybank2U versi klasik, jangan terkejut dengan perubahan ini apabila berlaku pada akaun anda menjelang awal tahun 2022 kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment