Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honor 8 Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Akan Menyertakan Kamera Berkembar Di Belakang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honor 8 Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Akan Menyertakan Kamera Berkembar Di Belakang

Honor sebelum ini telah memperkenalkan Honor V8 – yang mana kemudiannya diketahui hanya khusus untuk pasaran China sahaja. Perkara ini sekaligus mengesahkan yang mana Honor turut akan memperkenalkan Honor 8 untuk pasaran antarabangsa dalam masa terdekat.

Kini, pihak Honor telah pun mengeluarkan sebuah teaser khas untuk Honor 8, menandakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Honor menggunakan slogan “Beauty out of the ordinary” – memberikan petanda yang mana peranti berkenaan akan membawakan rekaan yang sangat cantik dan berbeza dengan peranti Honor lain.

Pada teaser sama juga, Honor menggunakan ikon berbentuk infiniti yang memberikan petanda Honor 8 akan hadir dengan kamera berkembar seumpama Huawei P9 sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh pengumuman Honor 8 ini masih tidak diketahui lagi.

Honor 8 Teaser






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/28Yjr8i

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.