Korea Meletakkan Papan Tanda Di Kawasan Kemalangan Akibat Khayal Menggunakan Peranti
Kemalangan akibat khayal menggunakan peranti kini menjadi semakin serius. Ianya adalah berbahaya seperti memandu dalam keadaan mabuk. Di Korea Selatan terdapat beberapa kawasan kemalangan yang berlaku akibat pejalan kaki yang khayal ketika menggunakan peranti pintar mereka. Oleh itu pihak berwajib mula memperkenalkan dua papan tanda khas bagi mengingatkan pengguna dan pemandu kenderaan tentang bahaya kawasan ini.
Papan tanda diletakkan di kawasan Dewan Bandaraya dan Gangnam di Seoul. Langkah ini diharap dapat mengurangkan jumlah kemalangan sedia ada. Ini bukan taktik pertama yang wujud di dunia bagi mengelakkan kemalangan akibat khayal menggunakan peranti. Di Augsburg Jerman, lampu isyarat ditanam di atas permukaan jalan raya berhampiran kawasan melintas jalan. Langkah drastik ini dilakukan selepas seorang remaja meninggal dunia digilis kereta api kerana khayal menggunakan peranti.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/28YjgfM
Post a Comment