Tips Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak
Tips Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak | Di kala cuaca yang tidak tentu ini, pasti ramai orang yang mengalami sakit tekak dan batuk. Apabila kerap kali batuk, anda mesti susah mahu fokus pada tugasan seharian. Lebih teruk lagi, tidur pun tidak mencukupi lantaran batuk yang menyerang bertubi-tubi.
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita terjah beberapa Tips Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak yang Media Sensasi kongsikan di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Tips Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak
1. Air limau + Madu
Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Amalkan tiga kali dalam masa sehari.
2. Asam Jawa
Campurkan 1 sudu asam jawa ke dalam segelas air. Biarkan sebentar dan tapiskan. Kemudian, minum jus asam jawa itu. Amalkan sehingga sakit tekak pulih dengan sepenuhnya.
3. Air Garam
Campurkan 1 sudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Kemudian, minum air garam itu.
4. Timun
Kisarkan timun dan minum jusnya. Sekiranya tak mahu kisar, anda juga boleh makan timun secara ulam dan tambahkan dengan sedikit garam.
Penulis berharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami batuk dan sakit tekak untuk pulih dengan sepenuhnya.
The post Tips Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment