Ketika Wanita Ini Hampir Tiba Di Parking Keretanya.. Tiba-Tiba Ada Sepasang Mata Memerhati…..
Ketika Wanita Ini Hampir Tiba Di Parking Keretanya.. Tiba-Tiba Ada Sepasang Mata Memerhati….. | Seperti diceritakan oleh FB Raudziah Arippin (LINK). Petang tadi terpaksa letakkan kereta jauh sedikit kerana tempat biasa sudah diambil jiran baru. Kami di sini tidak ramai yang parkir di porch kerana ruang sempit.
Sebelum Isyak tadi saya mahu keluar sebentar, hantar barang ke rumah jiran di jalan lain. Tasneem dan Ammar mahu ikut jadi saya suruh mereka tunggu di depan rumah sementara saya pergi ambil kereta. Lebih kurang 50m dari hadapan rumah.
Lebih kurang lagi 10m mahu sampai ke kereta, tiba-tiba si Crush (anjing liar di sini – anak saya beri nama Crush. Huhu) dan seekor geng dia yang sedang molek berbaring atas jalan tu tiba-tiba bangun dan menyalak.
Alamak.
Saya fikir mereka salakkan anjing lain ke di belakang saya, sebab selama sudah 2 tahun tinggal di sini tidak pernah pula anjing-anjing ini mengganggu saya.
Saya toleh belakang.
Alamak, tak ada anjing pun.
Hati sudah berdebar.
2 ekor anjing itu berdiri merenung tepat pada saya dan menyalak semakin kuat.
Alamak!
Si Crush sudah mula berlari ke arah saya. Geng yang seekor itu pun ikut sekali.
Alamak!!
Tidak pasal-pasal malam ini berlari pecut kalah Watson Nyambek, siap pakej mengilai, “Aaaaaaaaaaaaaa!!!!!!”
Habislah. Satu taman dengar hilaian Kak Odah malam ini.
Sudahlah jalan menurun bukit. Anjing 2 ekor itu mengejar saya punyalah laju ya Rabbi. Yang seekor itu siap boleh lari dekat sebelah saya waktu sudah hampir sampai ke pintu pagar. Rasa mahu terajang hikmat jurus sembilan bola-bola api rasanya.
Kau dah kenapa anjing. Nak ajak lumba lari ke apa ni. Adeh la.
Mujurlah suami jiran selang rumah ni ada. Dia yang tolong ‘escort’ saya ke kereta dengan sebatang payung di tangan.
MPS sebenarnya sudah banyak kali datang, mahu tangkap anjing-anjing liar ini. Beberapa minggu sudah, saya perhati mereka. Nampak saja lori penangkap anjing MPS sampai, anjing-anjing ini sudah berlari dengan tenangnya terus mendaki bukit di hadapan rumah ni.
Ada yang siap main-main dengan pekerja MPS itu. Diajak main kejar-kejar dulu keliling kereta, siap satu pusingan boleh dia lari naik bukit. Huhu. Tertekan pekerja-pekerja tu agaknya.
Anak-anak gelak guling berjemaah bila dengar cerita ibu lari pecut dan menjerit-jerit dikejar anjing. Cis.
Esok Kak Odah mahu telefon MPS. Mahu pesan sekali, bawa skuad penangkap anjing yang handal mendaki bukit.
Sekian cerita malam ini. Haha. Siapa gelak Kak Odah unfren. Hahaha. KREDIT FB Raudziah Arippin (LINK)
P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!
The post Ketika Wanita Ini Hampir Tiba Di Parking Keretanya.. Tiba-Tiba Ada Sepasang Mata Memerhati….. appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/1Usud3p
Berita sensasi lagi viral bersama semasaviral.com
Post a Comment