Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM ucap tahniah atas kejayaan Chong Wei di Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM ucap tahniah atas kejayaan Chong Wei di Indonesia

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Indonesia buat kali keenam selepas menewaskan pemain Denmark Jan O Jorgensen 17-21, 21-19, 21-17 di Istora Senayan, Jakarta, semalam. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 6 Jun — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia untuk kali keenam semalam.

“Tahniah Dato’ Lee Chong Wei juara Terbuka Indonesia buat kali keenam!” kata perdana menteri di laman Twitter.

Chong Wei, 34, menewaskan pemain Denmark Jan O Jorgensen, 17-21, 21-19, 21-17 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.

Kemenangan Chong Wei itu membolehkannya menyamai rekod legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.

Kali pertama Chong Wei merangkul gelaran Terbuka Indonesia adalah pada 2007, diikuti tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011, dan 2013. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1U3gsv9

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.