Sokongan Mod Untuk Fallout Untuk PlayStation 4 Mengalami Kelewatan
Hello anak-anak! Ini Three Dog dan kami mempunyai berita kurang enak untuk semua penduduk The Commonwealth yang memiliki PlayStation 4. Sokongan mod untuk konsol milik anda akan mengalami kelewatan. Ini disahkan sendiri menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Bathesda malam semalam. Kelewatan ini pastinya mengecewakan kerana mod sudahpun disokong pada konsol pesaing Xbox One dan juga PC.
Masalah sistem mod Fallout 4 untuk PlayStation 4 berlaku kerana terdapat had saiz fail sebesar 900 MB, penggunaan sistem audio berbeza dari PC dan tekstur yang tidak serasi digunakan pada konsol. Masalah ini tidak wujud pada Xbox One kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan sistem yang digunakan pada PC. Disini kita boleh melihat satu kelebihan Xbox One berbanding PlayStation 4. Sistem mod sudah disokong pada Xbox One sejak Mei dan pada PC sejak ia dilancarkan. Tiada tarikh diberikan bilakah sokongan mod akan hadir pada konsol Sony.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29r3So4
Post a Comment