Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Akan Menyertakan Fungsi Menggunakan Dua Akaun WhatsApp Pada MIUI8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Akan Menyertakan Fungsi Menggunakan Dua Akaun WhatsApp Pada MIUI8

Xiaomi kini dalam proses pembangunan dan menguji sistem operasi generasi baru mereka, iaitu MIUI8. Hari ini, mereka telah memperkenalkan MIUI8 versi global, dan turut berkongsi beberapa fungsi baru yang akan hadir pada MIUI8 kelak.

Salah satu fungsi menarik yang mencuri perhatian ketika pengenalan adalah sokongan yang dinamakan sebagai Dual Apps.

Melalui Dual Apps, pengguna boleh membuat salinan aplikasi pada telefon pintar mereka, dan menggunakan ia bersama-sama akaun yang lain.

MIUI8

MIUI8

Fungsi ini semestinya sangat berguna bagi anda yang ingin menggunakan dua akaun WhatsApp dalam satu peranti – apatah lagi memandangkan peranti Xiaomi kebanyakkannya hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Xiaomi mengatakan hampir keseluruhan aplikasi pada Play Store boleh dijadikan sebagai pendua dan di log masuk menggunakan akaun lain. Ikon untuk aplikasi salinan ini akan ditandakan dengan sebuah ikon berwarna kuning kecil dibawahnya.

Disamping fungsi Dual Apps, Xiaomi MIUI8 akan turut menyertakan fungsi 2nd Space yang membolehkan anda mengasingkan data daripada kerja dengan data peribadi anda.

MIUI8






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/294R8Xc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.