Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahi Khinzir Kini Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya Mesra Alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahi Khinzir Kini Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya Mesra Alam

Kami tahu berita yang melibatkan haiwan mughallazah seperti khinzir ini amat sensitif bagi segelintir pembaca Amanz. Tetapi teknologi kitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam ini kami rasakan adalah amat menarik.  Para penyelidik di A&T State University Carolina Utara berjaya mengitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam. Tahi haiwan ini mengandungi bahan berminyak yang boleh menggantikan bitumen yang terhasil dari petroleum sebagai bahan binaan jalan raya.

Jalan raya tahi khinzirMinyak yang dihasilkan ini juga lebih murah dari bitumen dengan harga sekitar 56 sen setiap gelen. Kerana ia dari sumber haiwan yang lestari, ia sekaligus menjadikannya lebih mesra alam dari petroleum yang digunakan sekarang. Mengitar semula tahi khinzir ini mengurangkan pencemaran akibat tahi disalurkan ke dalam sungai seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.

Dianggarkan setiap tahun 43 Billion gelen tahi khinzir dihasilkan setiap tahun. Sekiranya ia dikitar semula masalah pencemaran air dapat diselesaikan dan kos membina jalan raya yang mahal dapat dikurangkan. Di negara majoriti penduduk Islam teknologi ini mustahil akan digunakan tetapi siapa sangka tahi haiwan yang dipandang hina ini sebenarnya mampu membina jalan raya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29s7RAB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.