Apple Mungkin Menamatkan Model iPhone 16GB Melalui iPhone 7 Akan Datang
Beberapa pengeluar peranti Android telah beralih kepada penawaran asas model telefon pintar mereka dengan sekurang-kurangnya ruangan storan bersaiz 32GB. Kini, ia dilaporkan Apple mungkin melakukan perkara sama melalui telefon pintar generasi akan datang mereka kelak.
Perubahan ini mungkin telah dinantikan ramai pengguna iPhone, apatah lagi dengan harga storan yang semakin menjadi murah – disamping pelbagai aplikasi dan fungsi pada iPhone sendiri yang memerlukan lebih banyak ruangan storan. Sebagai contoh, fungsi Live Picture atau kebolehan rakaman video 4K – kedua-duanya menggunakan ruangan storan yang banyak.
Menurut WSJ, model iPhone 7 yang akan datang kelak akan ditawarkan bermula daripada storan 32GB – dan seperti biasa meningkat kepada saiz storan yang lain. Walaubagaimanapun, model sedia ada seperti iPhone SE dan sebagainya akan terus ditawarkan dengan storan 16GB sehingga ia ditamatkan penawarannya – yang biasanya akan mengambil masa beberapa tahun lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29MNpuz
Post a Comment