Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Menyasarkan Memasarkan Peranti Boleh Lentur Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Menyasarkan Memasarkan Peranti Boleh Lentur Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang

Pada Lenovo Tech World 2016 tempoh hari, Lenovo telah memperlihatkan secara ringkas sebuah telefon pintar boleh lentur – sekaligus mengubah ia kepada sebuah jam tangan pintar dengan mudah. Bercakap mengenai dengan lebih lanjut, Lenovo mengatakan ia mungkin mengambil-masa sekitar lima tahun sebelum ia dipasarkan.

Lenovo Cplus

Lenovo sendiri sebelum ini telah berkongsi beberapa kekangan untuknya. Buat masa ini teknologi skrin dilihat telah mula menyokongnya, namun pengeluar masih perlu melihat kepada pelbagai komponen lain yang turut boleh dilenturkan – termasuk papan induk, bateri dan pelbagai komponen yang lain.

Lenovo telah memperlihatkan dua peranti prototaip buat masa ini. Satu adalah Lenovo “Cplus” yang hadir dengan skrin 4.26-inci, dan boleh dipakai pada tangan sebagai jam tangan. Satu lagi peranti yang diperlihatkan adalah Folio – iaitu sebuah tablet yang boleh dilipat dua menjadi telefon pintar.

Selain Lenovo, Samsung turut diperkatakan akan hadir dengan peranti menggunakan skrin fleksibel – dan dikatakan mungkin memperkenalkannya seawal 2017 kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29gu6rC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.